Wednesday, September 24, 2014

Capaian ke SK Lubok Merbau blogspot 1

Blogspot SK Lubok Merbau 1

Lirik Lagu Sekolah

Sekolah didik di pinggir desa
SKLM mengharum nama
Mendukung mandat cita-cita negara
Mendidik Insan berakhlak mulia

Pengetahuan penyuluh hidup
Cogan hikmat bersemi hati
Minda menadah ilmu dituntuti
Sejahtera hidup kemudian nanti

Guru-guru menabur bakti
Khidmat diberi tak terperi
Rohani, Jasmani, Intelek, Emosi
Dan ketrampilan diri
Menongkah arah
Menagkis cabaran
Menuju kecemerlangan
SKLM ke mercu jaya

Panorama SKLM










Tuesday, September 23, 2014

UCAPAN ALUAN GURU BESAR

                                    TN HAJI SAMSURI BIN ZAKARIA
              
  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat didalam usaha menerbitkan laman web sekolah. Pembinaan laman web sekolah juga dapat menjana ke arah kecemerlangan sesebuah sekolah.
Pada masa kini, teknologi maklumat atau ICT telah berkembang pesat di dunia. Jesteru, dunia pendidikan seharusnya seiring dengan perkembangan ICT dalam menyampaikan maklumat terkini sekolah untuk pengetahuan semua pelanggan sekolah, pelajar, ibubapa dan masyarakat. Dengan adanya laman web sekolah kita dapat berkongsi ilmu dengan pelbagai pihak untuk kemajuan dan kecemerlangan sekolah.
Pelbagai infomasi terkini dapat dimuatkan dalam laman web sekolah untuk faedah warga sekolah dan masyarakat. Input yang berkualiti dan sentiasa dikemas kini dapat memastikan laman web sekolah terus dilayari dan digemari oleh semua pihak.
.
 Sekian, terima kasih.

LOKASI & SEJARAH SEKOLAH

Terletak di dalam kawasan penempatan Felda Lubuk Merbau, iaitu  42 KM dari Pekan Pendang dan 39 KM dari Pekan Kuala Nerang. Jika anda dari Alor Setar, anda boleh melalui Jalan Pendang-Sungai Tiang atau melaui jalan Pokok Sena - Naka. SKLM terletak bersebelahan SMK Lubok Merbau.


SEJARAH
Sekolah in ditubuhkan dalam tahun 1968 yang pada awalnya menumpang di dua buah rumah peneroka sebagai kelas sementara. Bangunan sekolah yang terawal ialah dua buah bangunan satu tingkat dan bangunan kantin.


Kini infrastruktur sekolah telah bertambah sejajar dengan pertambahan bilangan murid. Sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai murid yang berjaya dan telah berkhidmat di dalam pelbagai bidang profesional.
Bidang Kokurikulum juga tidak dipinggirkan di mana saban tahun terdapat ramai murid yang menempa kejayaan dalam bidang ini.
Sekolah Kebangsaan Lubok Merbau akan terus komited dalam usahanya untuk melahirkan murid yang terbaik dan berjaya sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

VISI & MISI

 VISI
"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG"
MISI
Warga SKLM bertekad untuk:
  • Memantapkan pengurusan kurikulum dan kokurikulum supaya sistematik dan berkesan
  • Melaksanakan P&P dengan cekap, berkesan dan komited
  • Melaksanakan disiplin dan sahsiah pelajar secara menyeluruh dan bersepadu
  • Melahirkan pelajar yang berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum
  • Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif
  • Meningkatkan permuafakatan warga SKLM dengan organisasi luar serta masyarakat setempat

PROFILE SEKOLAH


MAKLUMAT ASAS
KOD                                    :  KBA 7015
GRED                                   : A
SESI                                     : PAGI SAHAJA
BAHASA PENGANTAR     : BAHASA MELAYU
LOKASI                              : LUAR BANDAR
STATUS SEKOLAH           : SEKOLAH BIASA
TARIKH DITUBUHKAN   : 1 JANUARI 1968
JPN                                     : KEDAH
PPD                                     : PADANG TERAP
PKG                                    : PKG KUALA NERANG
PARLIMEN                        : PADANG TERAP
DUN                                   : PEDU
PEKAN TERDEKAT          : PENDANG / KUALA NERANG
BILANGAN GURU            : 43 ORANG
BIL. BUKAN GURU         : 5 ORANG
BILANGAN MURID         : 678 ORANG

INFRASTRUKTUR UTAMA

BLOK BANGUNAN  : 6 BLOK ( A-F )
MAKMAL ICT          : 1
BILIK DARJAH          : 22 BUAH  
DEWAN TERBUKA : 1
RUMAH GURU         : 11 BUAH
SURAU                       : 1
KANTIN                     : 1