Tuesday, September 23, 2014

LOKASI & SEJARAH SEKOLAH

Terletak di dalam kawasan penempatan Felda Lubuk Merbau, iaitu  42 KM dari Pekan Pendang dan 39 KM dari Pekan Kuala Nerang. Jika anda dari Alor Setar, anda boleh melalui Jalan Pendang-Sungai Tiang atau melaui jalan Pokok Sena - Naka. SKLM terletak bersebelahan SMK Lubok Merbau.


SEJARAH
Sekolah in ditubuhkan dalam tahun 1968 yang pada awalnya menumpang di dua buah rumah peneroka sebagai kelas sementara. Bangunan sekolah yang terawal ialah dua buah bangunan satu tingkat dan bangunan kantin.


Kini infrastruktur sekolah telah bertambah sejajar dengan pertambahan bilangan murid. Sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai murid yang berjaya dan telah berkhidmat di dalam pelbagai bidang profesional.
Bidang Kokurikulum juga tidak dipinggirkan di mana saban tahun terdapat ramai murid yang menempa kejayaan dalam bidang ini.
Sekolah Kebangsaan Lubok Merbau akan terus komited dalam usahanya untuk melahirkan murid yang terbaik dan berjaya sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

No comments:

Post a Comment